Antara vitamin paling common yang biasa semua orang ambil adalah VITAMIN C.
Sejak dari kecik parents kita terapkan pengambilan vitamin c ini.
Kenapa?
Alasan utama ibubapa kita adalah untuk elakkan selsema/demam.
Bila kita meningkat remaja pulak, kita masih kekal dengan pengambilan vitamin c utk kulit.
Jom kita tengok apa lagi manfaat/kebaikan Vitamin C pada tubuh manusia.
1. Penawar kepada masalah kulit
Ini adalah antara manfaat yang paling diketahui ramai.Vitamin C banyak digunakan untuk merawat banyak masalah berkaitan dengan kullit.
Selain untuk menguatkan sistem imunisasi badan, vitamin c juga terkenal dengan kebaikannya terhadap kulit.
Kebanyakkan produk kecantikkan juga menggunakan vitamin dalam produk seperti masker,pelembap dan sebagai untuk membantu mengembalikan keremajaan kulit dan mampu membuatkan kulit kelihatan berseri secara semulajadi.
Selain itu, Vitamin C juga mampu membantu melindungi kulit dari bahaya sinaran UV
2. Membantu pembentukan kolagen
Kolagen adalah sumber protein dalam badan yang membantu menyambungkan tisu-tisu dalam badan kita. Hampir 70% badan kita ada kandungan kolagen.
Kolagen ada pada mata (kornea & kanta), kulit, saluran darah, keratin (rambut & kuku), tulang (termasuk sum sum tulang),tendon,rawan sendi,gigi,hati, tisu-tisu dalam badan serta dalam organ seperti jantung,buah pinggang & sistem limfatik.
Vitamin C akan membantu pembentukan kolagen ini yang menyokong sebahagia besar dari sel-sel yang memberikan struktur,kekuatan dan kekenyalan/keanjalan pada kulit serta tisu-tisu badan termasuk tendon,ligamen,otot dan tulang rawan.
3. Bertindak sebagai anti-histamine semulajadi
Vitamin C mampu membantu mengurangkan simptom demam sepertu sakit-sakit badan dan selsema dengan bertindak sebahgai anti-histamine semulajadi.Ia boleh menurunkan paras histamine dan mengawal alergi yang menyebabkan demam.
Dengan membekalkan nutrien penting yang diperlukan oleh sistem imun. Vitamin C dalam dos yang lebih tinggi biasanya mampu membantu badan pulih dari demam dengan lebih cepat.
4. Membantu dalam menyembukan luka
Vitamin C sangat penting untuk penghasilan kolagen iaitu protein dalam tisu penghubung dalam badan ( kulit,tendon,otot,ligamen dan lain-lain).
Oleh itu, vitamin c sangat membantu dalam pemulihan luka tak kiralah luka kecil atau besar, luaran atau dalaman, tulang yang patah atau kulit yang melecur.
Badan menggunakan vitamin c untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus dapat membantu memulihakan luka denga lbeih cepat dan lebih baik.
5. Anti Oksida
Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat serta berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau “sel karat” yang boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.
Vitamin C tidak disimpan dalam badan, so penting untuk kita jadikan vitamin c ini sebagai 1 supplement yang kita ambil on daily basis without missed.
Pilihan Aimie, Sustained Released Vitamin C Shaklee ni.
"Sustained Released" bermaksud ianya dilepaskan secara perlahan kedalam badan kita mengikut keperluan badan.
Badan hanya memerlukan lebih kurang 100mg vitamin c setiap jam. Lebihan vitamin c hanya akan dibuang melalui air kencing.
Dengan Vitamin C Shaklee ini, kita tidak kehilangan kebaikan vitamin c walaupon kita ambil vitamin c yang 500mg sebab ianya dilepaskan perlahan-lahan setiap jam.
No wastage!!
Ini baru Aimie list kan 5 manfaat VITAMIN C terhadap badan kita.Sebenarnya banyak lagi kebaikan vitamin c.






No comments:
Post a Comment